Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Syukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat dan kurniaanNya. Hari ini genaplah umur aku yang ke-28. Hari ini hari yang sangat bermakna sebab beberapa peristiwa yang berlaku pada tarikh ini.
Tarikh? Ada apa pada tarikh? Tapi tarikh ni lah banyak makna yang tersirat. Yang tersirat tu lah banyak hikmah nya kan.
Aku masih lagi ingat kejadian 6 tahun lalu. Kejadian yang jadi pada tahun 2012. 11 Ogos 2012. Hari Sabtu. Genaplah umur aku yang ke 22 tahun. Pada hari yang sama tu lah arwah nenek aku meninggal. Hari itu juga bersamaan dengan 22 Ramadhan. Lebih kurang 11 lebih pagi arwah nenek aku menghembuskan nafas terakhirnya. Hari Sabtu. Sama hari dengan hari aku lahir 11 Ogos 1990.
I put it simple..
11 Ogos 1990 - hari sabtu - hari aku lahir
11 Ogos 2012- Umur aku genap 22 tahun yang juga bersamaan 22 ramadan. Hari arwah nenek aku meninggal. Kebetulan waktu tu hari sabtu.
Tarikh yang tersimpan seribu hikmah. Penuh tersirat. Yang pastinya bawa pengajaran dan nilai hidup yang bermakna kan. ๐
Arwah nenek aku memang rapat dengan aku. So mungkin ini satu memori yang indah lah kan orang bilang. Bila datangnya waktu hari jadi aku secara tidak langsung aku ingat dengan arwah nenek aku. Doa aku selalu mengiringi arwah nenek aku.
Al-Fatihah buat Kasunah binti Huddin. Semoga Allah melimpahi rahmat ke atas rohnya dan semoga beliau ditempatkan dikalangan orang beriman.
Tarikh 11 Ogos juga pernah jadi tarikh Israk Mikraj. Alhamdulillah. Pernah merasa tarikh yang jatuh sama dengan hari jadi.
Selain tu juga, tarikh 11 Ogos 2018 ni juga hari yang sangat bermakna buat aku. Salah satu hadiah terbaik anugerah Allah. Alhamdulillah.
Lepas selesai semuanya, kami pun pegi la jalan2 sekejap sana Odec pantai ums. Heheheh.
Dan hari ni juga lah hari gembira buat kazen aku. Yeayyyy. Dia nikah hari ini dan semua berjalan lancar. Alhamdulillah. So, kami kongsi tarikh yang berbahagia. ๐๐๐
What else?
Nampak kalendar. 11 Ogos 2019 bersamaan dengan Hari Raya Haji. ๐
So, nanti aku update sambutan birthday yang akan dibuat dalam masa terdekat ni. Sebab hari ni tiada ssambutan sebab hari ni hari yang busy. Heheheh. So. YeahhhhYa Allah. Sampaikan lah aku pada tahun-tahun akan mendatang. Panjangkan imanku dalam beribadah kepada mu Ya Allah. Sesungguhna Engkau Maha Berkuasa atas segala-galanya. Aminnnn Ya Rabbal Alaminnn.
Until next time...
Ok. Oraittt ๐





0 comments:
Post a Comment